Pengunjung

Friday 24 July 2015

Semasa NSF: Iktibar dari hukuman Pencuri Lembu Felda Jengka 17


Kejam dan tidak patut! Itu pendapat warga media sosial tentang kejadian dua suspek yang mencuri lembu yang dibelasah teruk oleh penduduk kampung di Felda Jengka 17.

Bukan setakat cedera dibelasah, mulut dua suspek itu juga disumbat dengan najis lembu.

Dalam video yang tersebar di Facebook dan Youtube, dua lelaki berusia dalam lingkungan 20an itu dilihat terbaring di atas tanah dengan berlumuran darah.

Pengguna media sosial nyata tidak boleh menerima tindakan berkenaan dan menyifatkan ia sudah melampaui batas.

Sumber~ Astro Awani ( boleh baca disini )

Penulis sejujurnya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh penduduk kampung ini yang membuat undang-undang melulu dan kejam. Dikhabarkan sehingga kedua-dua pencuri ini teruk dikerjakan dan dipukul oleh penduduk kampung yang majoritinya umat Islam. Selain hukuman lain dibakar kereta dan dipaksa makan tahi.

Penulis sendiri berpandangan bahawa orang yang berada di sekeliling itu tidak mempunyai sifat belas kepada sesama manusia. Benar, kesalahan mencuri itu memang salah dan sehingga akhirnya boleh dikenakan hukuman potong tangan ( mengikut hukum hudud ) tetapi melalui beberapa kaedah tertentu. Firman Allah:


Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Maidah: ayat 38)

TAPI....

kita boleh lihat peringatan yang Allah ingin berikan selepas ayat tersebut:

Firman Allah:


Maksudnya:

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
( Surah Al-Maidah: ayat 44)

Firman Allah:




Maksudnya:

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
( Surah Al-Maidah: ayat 49)

Jadi kesimpulan yang dapat dinukilkan disini ialah hukumlah perkara yang setimpal, atau bawakan sahaja kepada pihak berwajib, jika mati kedua pencuri itu siapa yang bertanggung jawab? tidak takut kepada ancaman orang yang membunuh saudara mereka sendiri? Itu belum dikira memusnahkan harta mereka ( kereta ) dan menzalimi mereka dengan hawa nafsu ( memaksa makan tahi )kaji lebih dan lebih lagi. Siapa yang hina sebenarnya.

# Faham dan Sampaikan.

No comments:

Post a Comment