Pengunjung

Wednesday 1 July 2015

Nukilan Sang Perindu ; Fiqh: Puasa (Bahagian 2)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana dengan solat terawih hari ini? moga berjalan dengan baik dan jayanya. InsyaAllah.

Jadi, untuk nukilan sang perindu bab puasa bahagian 2 ini penulis akan muzakarah ( berkongsi ) tentang sejarah pensyariatan puasa. Puasa bulan Ramadhan yang kita jalankan pada waktu sekarang asalnya difardhukan pada bulan Sya'ban tahun kedua Hijrah. Untuk pengetahuan sahabat semua, ibadah puasa ini sebenarnya telah diamalkan dalam kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Rasulullah ﷺ. (Harus ditekankan disini kewajiban atau amalan puasa mereka terletak pada fardhunya puasa tersebut bukan dari segi amalan yakni puasa orang terdahulu tidak sama masanya dan perlakuannya. )

Dalil pensyariatan puasa terdapat dalam beberapa firman Allah:



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Surah Al-Baqarah: 2: 183)


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah: 2: 185)

Itulah serba sedikit yang dapat penulis kongsikan dengan sahabat sekalian tentang pensyariatan puasa untu bahagian 2 ini. Penulisan ini dilakukan sedikit demi sedikit adalah untuk sahabat semua dapat menghadami ilmu dengan sedikit demi sedikit. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Penulis ingatkan sahabat sekalian jika mahukan ilmu yang lebih baik dan luas maka bergurulah dengan guru mursyid dan bukan semata-mata membaca di GOOGLE mahupun website yang lain. Wallahu'alam. Bersambung dengan tajuk NAMA DAN SIFAT BULAN RAMADHAN. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment