Pengunjung

Tuesday 14 July 2015

NSP: Aqidah: Apakah erti Aqidah dan Tauhid?

Assalamualaikum w.b,t

Pendahuluan

Persoalan Aqidah adalah perkara tunjang yang sangat perlu dititik beratkan apabila mempelajari agama Islam. Fardhu Ain ini merupakan asas kepada agama yang wajib umat Islam ketahui khususnya dan kepada mereka yang mengkaji untuk memahami Islam amnya.

Pendahuluan ini hanya ada pada post ini sahaja kerana seterusnya penulis akan meneruskan persoalan demi persoalan yang berkaitan dengan aqidah secara terus.

Apakah erti Aqidah dan Tauhid?

  1. Aqidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
  2. Aqidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang beraqidah sama ada aqidah yang betul atau sebaliknya
  3. Aqidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Menurut Al-Imam Junayd:

" Tauhid ialah menyucikan (Allah) al-Qadim ( Yang wujudnya tanpa permulaan) dari (menyerupai makhluk-Nya yang mempunyai permulaan"

Dalil tentang ketauhidan kepada Allah:

Firman Allah:



Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
( Surah As-Shura: 11)


"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Surah Al-Ikhlas: 4)

Huraian ini akan disambung dengan artikel ilmu-ilmu Aqidah dan Rukun didalam Islam

No comments:

Post a Comment